Thursday, 16 February 2012

TANDA KEBESARAN ALLAH SWT



40 Sejadah Berdiri Di Maran, Pahang

Lebih 40 helai sejadah berdiri tegak seolah-olah sedang bersolat di dalam sebuah surau lama.

Kejadian aneh tanda kebesaran Illahi yang menggemparkan penduduk setempat itu -- disaksikan sendiri pelajar Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al-Islam, Maran, Pahang.

Menurut pengasas pusat pengajian Islam berkenaan, Azizah Khatib Mat, kejadian itu dimaklumkan oleh pelajarnya, sejurus selepas masuk waktu Maghrib malam semalam.

AZIZAH KHATIB MAT/PENGASAS MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL-ISLAM 
"Pagi tadi saya suruh pelajar ni ambik sejadah ni untuk dibasuh, kemudian mereka basuh dan sidai. Bila petang lepas asar hujan diorang angkat dan benda tu lembab. Jadi diorang naik keatas ni dan terus hamparkan supaya benda tu kering dan dekat hendak Maghrib, mereka buat persiapan solat Maghrib dan solat hajat. Ada empat daripada pelajar tadi hendak ke bilik air dan sorang hendak masuk ambil sikat. Bila nak masuk jer dia orang tengok yang first ni tunduk dan tersusun dan menghadap kiblat dan safnya tersusun-susun. Jadi diaorang terus berlari ke bawah memberitahu kawan-kawan dia." 

43 sejadah ini yang diletakkan di dalam surau lama maahad berkenaan menghadap kiblat dan berada dalam kedudukan solat seperti berdiri tegak, duduk di antara dua sujud dan sujud.

Kesemuanya kekal berada dalam keadaan demikian sehingga pagi tadi.

Kejadian aneh ini turut menarik perhatian orang ramai yang tidak putus-putus mengunjungi surau berkenaan sejak pagi tadi.

Beberapa pendakwah bebas yang ditemui menyifatkan kejadian ini sebagai tanda kebesaran Allah swt supaya umat Islam kembali kepada ajaran-agama Islam yang suci.





Cuba Tanya Diri Sendiri:

"Berapa Banyakkah Nikmat Yang Allah Beri, Dan Berapa Banyakkah Pula Yang Telah Aku Nafikan Tujuan Asal Penciptaanya?"

PERMATA SENIBINA ISLAM



TAJ MAHAL ..sapa yang tak tahu dengan senibina yang sangat sangat cantik.. taj mahal diknali sebagai permata senibina ISLAM..
















Pada tahun 1631, Shah Jahan, maharaja semasa kemuncak keagungan Dinasti Mughal, dilanda kesedihan apabila isteri ketiganya, Mumtaz Mahal, meninggal semasa melahirkan anak keempat belas mereka, Gauhara Begum. Pembinaan Taj Mahal bermula pada tahun 1632, setahun selepas kematiannya. Pengarang istana mengenai kesedihan Shah Jahan menggambarkan cerita cinta yang secara tradisi dianggap inspirasi kepada Taj Mahal. Mausoleum utama disiapkan pada tahun 1648 dan bangunan sekeliling dan taman disiapkan lima tahun berikutnya. Maharaja Shah Jahan sendiri menggambarkan Taj Mahal dalam perkataan berikut:
Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal setelah kematian isterinya yang tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika itu Shah Jahan dalam kepentingan memperluaskan tanah jajahannya.
Taj Mahal menggabung dan mengembangkan reka bentuk tradisi seni bina Persia dan seni bina Mughal awal. Inspirasi khusus datangnya dari Dinasti Timurid dan bangunan Mughal termasuk; Gur-e Amir(makam Timur, pengasas dinasti Mughal, di Samarkand), makam Humayun, Makam Itmad-Ud-Daulah (kadang-kala dikenali sebagai Bayi Taj), dan Masjid Jama, Delhi binaan Shah Jahan sendiri di Delhi. Sementara bangunan Mughal awal biasanya dibina dari batu pasir merah, Shah Jahan menganjurkan penggunaan marmar putih dihias dengan batu separa bernilai, dan bangunan di bawah naungannya mencapai tahap kehalusan baru.Sekiranya yang bersalah mencari perlindungan di sini,Seperti orang diampunkan, dia bebas dari dosa.Sekiranya orang yang berdosa mencari jalan ke rumah agam ini,Semua dosanya di masa lalu dibersihkan.Pandangan rumah agam ini mencipta keluhan kesedihan;Dan bulan dan matahari mengalirkan air mata.



Ayat dari al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi.
Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91 , Surah 112 , Surah 89 , Surah 93 , Surah 95 , Surah 94, Surah 36 , Surah 81 , Surah 82 , Surah 84 , Surah 98 , Surah 67 , Surah 48 , Surah 77 dan Surah 39 .


ISTILAH MAKANAN YANG BERKAITAN BABI

*HATI-HATI KETIKA MEMBELI MAKANAN*
*MAKE SURE TIDAK ADA KANDUNGAN SEPERTI DI ATAS*
*HATI YANG BERSIH DATANG DARI PEMAKANAN YANG HALAL*

JOM G RAMAI RAMAI....


Karnival Mahabbah Rasulullah..

jom g ramai2..
> Pertandingan azan dan bercerita
> Pelancaran 'alternative fixie club'
> Pameran dan Pertunjukan
> Persembahan nasyid
> Pertandingan mewarna
> Solat Dhuha dan kuliah Dhuha
> Soal jawab agama bersama Ustaz Azhar Idrus


Dulu dan sekarang...

Betapa Susahnya Orang Dahulu Mencari Agama,
Berlayar Berbulan-bulan Menimba Ilmu,
Betapa Senangnya Orang Sekarang Mencari Agama,
Di Merata Tempat Begitu Mudah Ketemu.

Namun Orang Sekarang Terlebih Bodoh,
Sedangkan Ilmu Itu Senang Dicari,
Kerna Mengambil Dunia Terlalu Gopoh,
Meminggir Agama Dalam Diri Sendiri.

Ramai Menyangka Mereka Akan Masuk Syurga,
Sedang Mereka Tidak Berusaha Ke Arahnya,
Sedang Syurga Itu Tiada Ternilai Akan Harga,
Mereka Itulah Dikatakan Bodoh Sebodohnya.



by:
Ustaz Azhar Idrus (ORIGINAL)

im blogger

yeaahh.. akhirnya deeya pun dah terjebak dan terlibat serta terikut dengan teknologi di zaman moden ni..
haha ! actually , deeya suka jugak la follow blog2 org... tak terpk pun nak wat blog sendiri..
deeya rasa blog byk membantu deeya dlm byk perkara. byk info2 yg deeya bley dpt dlm blog2..
hopefully blog deeya ni dapat memberi info2 yg berguna utk uolls..


Ada sikit info tentang blog :

Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.
Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makananpolitik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teksimej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.
Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog."




PEACE uoll  >____<