Sewaktu belum mempunyai calon, sejadah memang menjadi hamparan, tazkirah setia menjadi teman, doa kepada Allah siang dan malam.
Bila sudah mempunyai calon, semua itu sedikit demi sedikit jadi
lakonan. Fokus beralih kepada si dia yang menjadi idaman. Yang dinasihat
supaya berbincang tentang pernikahan, tapi yang dibuat adalah
berhubungan siang dan malam.
Hujung pangkal pernikahan belum
nampak jalannya teman. Boleh jadi calon yang diberikan itu hanya sebagai
ujian, bukan jodoh yang ditetapkan. Allah mahu melihat sejauh mana
engkau punya keimanan. Adakah engkau akan jatuh dalam kealpaan, atau
masih setia dengan niatmu di permulaan :)
No comments:
Post a Comment
pelase comment here >____<