Thursday, 21 February 2013

DOA kepadaMU

Ya Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhaMu.
Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku.
Ya Rahman, andai benar dia milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pembimbingku, maka Kau bukalah pintu hatiku untuk menerimanya.
Tenangkan hatiku andai keputusanku ini benar, dan berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb.
Namun, andai bukan dia yang sepatutnya aku dampingi, maka jauhikan aku dari dirinya, kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu.
Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang
terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn..

Tuesday, 19 February 2013

remind......






Jangan hanya sujud ke 'sejadah' saat susah. Jangan hanya mengenal 'telekung' saat sesak. Jangan hanya memandang 'qiblat' saat payah. Sentiasa ingat Allah dalam apa jua condition. ♥

Monday, 18 February 2013

Migrainkah anda?




Tanda-tanda migrain

- Rasa ngeri ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar  mata .
- Kesakitan teramat sangat dan berdenyut2.
-Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap.
- Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan dan kaki menjadi sejuk.
-Pesakit akan menjadi sensitif pada sebarang bunyi dan suara .
-Serangan selalunya berakhir dalam tempoh 4-72 jam.
-Sesetengah pesakit akan mengalami pengumpulan cecair dalam badan seperti bengkak bengkak dan membesar di bahagian tertentu anggota badan .


Hindarkan diri anda daripada diserang migrain :

- elakkan memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
- elakkan memakan makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
- elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
- elakkan minum minuman yang mengandungi kafein berlebihan
- elakkansStress dan tekanan
- elakkan jadual tidur yang tak tetap
- elakkan menundakan waktu makan dan jangan biar perut kosong terlalu lama .



Saturday, 16 February 2013

dear ____


CINTA JARAK JAUH...BOLEH KE PERCAYA?


Kata orang percintaan jarak jauh ni hebat dugaannya. Tak berjumpa dan sibuk dengan urusan harian sedikit sebanyak boleh merenggangkan perhubungan tu. 

Mungkin ada yang cakap camni kat korang “Kau percaya ke pakwe kau kat sana? Entah apa yang dia buat kau bukan nampak pun!”. Dan mungkin ada jugak yang akan cakap “Percayalah kat awek kau tu..takkan dia nak mengkhianati hubungan korang selama ni. Aku dah kenal sangat la dia". So, berdasarkan pendapat aku sendiri la, cinta jarak jauh ni ada kekurangan dan kelebihan yang tersendiri.


pape pun terserah la pada diri sendiri untuk membawa diri.cinta jarak jauh ni menguji kesabaran dan kesetiaan pasangan.

Thursday, 16 February 2012

TANDA KEBESARAN ALLAH SWT



40 Sejadah Berdiri Di Maran, Pahang

Lebih 40 helai sejadah berdiri tegak seolah-olah sedang bersolat di dalam sebuah surau lama.

Kejadian aneh tanda kebesaran Illahi yang menggemparkan penduduk setempat itu -- disaksikan sendiri pelajar Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al-Islam, Maran, Pahang.

Menurut pengasas pusat pengajian Islam berkenaan, Azizah Khatib Mat, kejadian itu dimaklumkan oleh pelajarnya, sejurus selepas masuk waktu Maghrib malam semalam.

AZIZAH KHATIB MAT/PENGASAS MA'AHAD TARBIAH DARUL HIJRAH AL-ISLAM 
"Pagi tadi saya suruh pelajar ni ambik sejadah ni untuk dibasuh, kemudian mereka basuh dan sidai. Bila petang lepas asar hujan diorang angkat dan benda tu lembab. Jadi diorang naik keatas ni dan terus hamparkan supaya benda tu kering dan dekat hendak Maghrib, mereka buat persiapan solat Maghrib dan solat hajat. Ada empat daripada pelajar tadi hendak ke bilik air dan sorang hendak masuk ambil sikat. Bila nak masuk jer dia orang tengok yang first ni tunduk dan tersusun dan menghadap kiblat dan safnya tersusun-susun. Jadi diaorang terus berlari ke bawah memberitahu kawan-kawan dia." 

43 sejadah ini yang diletakkan di dalam surau lama maahad berkenaan menghadap kiblat dan berada dalam kedudukan solat seperti berdiri tegak, duduk di antara dua sujud dan sujud.

Kesemuanya kekal berada dalam keadaan demikian sehingga pagi tadi.

Kejadian aneh ini turut menarik perhatian orang ramai yang tidak putus-putus mengunjungi surau berkenaan sejak pagi tadi.

Beberapa pendakwah bebas yang ditemui menyifatkan kejadian ini sebagai tanda kebesaran Allah swt supaya umat Islam kembali kepada ajaran-agama Islam yang suci.





Cuba Tanya Diri Sendiri:

"Berapa Banyakkah Nikmat Yang Allah Beri, Dan Berapa Banyakkah Pula Yang Telah Aku Nafikan Tujuan Asal Penciptaanya?"

PERMATA SENIBINA ISLAM



TAJ MAHAL ..sapa yang tak tahu dengan senibina yang sangat sangat cantik.. taj mahal diknali sebagai permata senibina ISLAM..
















Pada tahun 1631, Shah Jahan, maharaja semasa kemuncak keagungan Dinasti Mughal, dilanda kesedihan apabila isteri ketiganya, Mumtaz Mahal, meninggal semasa melahirkan anak keempat belas mereka, Gauhara Begum. Pembinaan Taj Mahal bermula pada tahun 1632, setahun selepas kematiannya. Pengarang istana mengenai kesedihan Shah Jahan menggambarkan cerita cinta yang secara tradisi dianggap inspirasi kepada Taj Mahal. Mausoleum utama disiapkan pada tahun 1648 dan bangunan sekeliling dan taman disiapkan lima tahun berikutnya. Maharaja Shah Jahan sendiri menggambarkan Taj Mahal dalam perkataan berikut:
Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal setelah kematian isterinya yang tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika itu Shah Jahan dalam kepentingan memperluaskan tanah jajahannya.
Taj Mahal menggabung dan mengembangkan reka bentuk tradisi seni bina Persia dan seni bina Mughal awal. Inspirasi khusus datangnya dari Dinasti Timurid dan bangunan Mughal termasuk; Gur-e Amir(makam Timur, pengasas dinasti Mughal, di Samarkand), makam Humayun, Makam Itmad-Ud-Daulah (kadang-kala dikenali sebagai Bayi Taj), dan Masjid Jama, Delhi binaan Shah Jahan sendiri di Delhi. Sementara bangunan Mughal awal biasanya dibina dari batu pasir merah, Shah Jahan menganjurkan penggunaan marmar putih dihias dengan batu separa bernilai, dan bangunan di bawah naungannya mencapai tahap kehalusan baru.Sekiranya yang bersalah mencari perlindungan di sini,Seperti orang diampunkan, dia bebas dari dosa.Sekiranya orang yang berdosa mencari jalan ke rumah agam ini,Semua dosanya di masa lalu dibersihkan.Pandangan rumah agam ini mencipta keluhan kesedihan;Dan bulan dan matahari mengalirkan air mata.



Ayat dari al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi.
Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91 , Surah 112 , Surah 89 , Surah 93 , Surah 95 , Surah 94, Surah 36 , Surah 81 , Surah 82 , Surah 84 , Surah 98 , Surah 67 , Surah 48 , Surah 77 dan Surah 39 .